Skip to main content

umrah ziarah cairo

Assalamualaikum.buat apa tu??

ok korang baca tajuk pun korang dah tahu aku nak update ape kan? 

Aku nak throwback kisah aku pergi umrah pada tahun 2015 dulu.  lebih baik aku post cepat2. nanti "eh, apa nama tempat aku pergi haritu" .haaa, sebelum problem ni ade cepat cepat abadikan dalam blog. gittuww. aku akan post part by part ok. harini part 1. entah setahun lagi part 2.ahakss

Part 1 aku nak cerita pasal preparation nak kesana je. Act, emak dan ayah aku rancang nak
menunaikan umrah ni dah lama. lepas aku habis STPM lagi. Tahun 2015 baru sampai seru. :P

Memang biasa sebelum pergi, orang mesti google travelog umrah semua kann? haa, samalaa macam aku. Sampai page yg ke 10 kat goole tu aku bace. Dalam you tube pun ada, tetapi pada aku, aku suke lagi baca di google feel dia lain macammm  . Video kursus umrah di you tube aku suggest korang tengok kursus dari Ust.Hariyanto. Dia explain details. Aku pergi jugak kursus umrah.. Aku tak ambil pakej dengan Andalusia, tapi aku join kursus dengan Andalusia. hahaha. Kat sana setiap ahad mesti diorang buka untuk siapa2 yang nak dengar kursus umrah. Jangan risau free je. Datang setiap minggu pun boleh :)

Dalam bulan 10 macamtu baru aku ready kan dokumen untuk mohon visa. rumit jugak yea. Benda yang perlu ada untuk mohon visa, mesti la gambar visa. ok nak tangkap gambar visa ni, tudung kena hitam. Yg aku tak tahu, best pakai tudung warna fav Dato Vida lagiii gituww. orang tu pun bukan nak bagi tau, pftttt. -.- dokumen kedua salinan sijil lahir dan kad pengenalan. dokumen ketiga salinan sijil lahir dan kad pengenalan mahram. Yg salinan sijil lahir dan kad pengenalan ni kena cop pengesahan dulu dengan pegawai dekat Jabatan Pendaftaran. Yg perempuan bawah 45 tahun ni kena ada mahram untuk kesana ok. Dan akhir sekali kad cucuk. sebelum kesana kena cucuk dulu, alahh rasa semut je. ceitt, esoknya aku demam -.- suntikan ni tahan untuk 3 tahun, so...kalau nak pi tahun depannya tak payah cucuk dah. satu suntikan RM180/orang, ada yg RM150. survey dulu ok :) ohh.. disebabkan aku tak kawin lagi, procedure mohon visa dia macam diatas ni okeyy :) pada yg dah kahwin dan pergi bersama pasangan, tambahan dokumen dia salinan sijil nikah, dan salinan sijil nikah tu perlulah dicop oleh Pegawai di Pejabat Agama. Dan korang jangan lupa passpord lah yea.

Dah ready mohon visa, baru boleh sediakan kelengkapan ke sana.


ok, sebelum aku pergi, ni la senarai barang keperluan yang aku rujuk. bab ni memang aku details sikit. Tanak tinggal walau satu! aku pergi sana bawak 5 helai jubah. Tu pun macam berlebihan sebab sampai sana mesti beli jubah. tapi, bawa 3 helai pun sudah mencukupi kalau rajin basuh.ahakss. Di Madinah dan Makkah harga dobi boleh tahan jugak. sehelai 6 dinar, anggaran RM7 lebih duit kita. haa, daripada korang hanta dobi lebih baik beli hanger dan sabun, basuh je baju. kat sana banyak kedai 2 dinar, tak bawak hanger,boleh beli. ahhaa. Untuk ubat-ubatan ni bawa je dari Malaysia, walaupun di Madinah dan Makkah, kau keluar je pintu pagar masjid terus nampak Farmasi. tapi faham je la duit Malaysia dah jatuh sekarang ni. Kita kene jimat dalam setiap aspek. :P telekung aku bawak 2 helai. Aku bawak telekung sahaja,kain tak bawak. hitam sehelai dan putih sehelai. Pakaian tidur aku tak bawak banyak pun, 2 helai tshirt dan tracksuit. sebab aku jenis tidur je dengan jubah. nampak aku jenis tak kisah sangat kan. ahhaha. Barang mandian botol kan dalam botol kecil boleh beli botol picit yg kecil tu kat kedai 2 ringgit. lip gloss dan losyen sangat penting. untuk soket di Madinah lain dari Malaysia tetapi soket di Makkah seperti di Malaysia. Tu je aku rasa keperluan yang penting2. Mini tudung,stoking kaki dan tangan tu ikut kehendak kita berapa banyak nak bawak. stokin kaki aku bawak dalam 3 helai + 6 helai beli kat sana. waktu aku pergi ni cuaca Alhamdulillah, selesa sangat. tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. anggaran suhu 20-23 celcius  di Madinah dan 25-27celcius di Makkah.


ok byee.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi rendang dendeng

Hai Assalamualaikum. harini aku nak share resepi dendenga daging yang aku buat masa bulan puasa haritu. Kira masih belum kategori berlapuk lagi lah kan? Ni bukan aku google mana - mana gambar okey. :P memang dari air tangan dan titik peluh sendiri. cewahhh. Sebelum sediakan bahan bahan. Kita bersihkan daging kemudian rebus sehingga empuk. Sementara tu bolehlah prepare untuk bahan - bahan lain : Bahan A : Cili kering 15 tangkai Bawang merah 2 labu Bawang putih 4 ulas Bahan B Jintan kasar satu sudu kecil Kulit kayu manis 1 Bunga lawang 3 kuntum Bahan C Limau purut Kicap Gula merah Garam Air Asam Jawa Bahan D Garam Kunyit Maggi cukup rasa secubit Bahan E Cili masak merah Bawang potong (bulat) Daun bawang Cara - cara : Salaikan Bahan A sehingga kekuningan. Setelah selesai menyalai, kisarkan bahan A sehingga lumat. Setelah selesai mengisar. Panaskan minyak untuk menumis, kemudian tumiskan bahan B bersama

Skincare

Hai Assalamualaikum. salam satu Malaysia. macam ramai yang membaca kan. hehe. saya nak kongsi apa yang saya pakai untuk hilangkan jerawat, rutin untuk malam dannnnnnn krim harian . Jom tengok kat bawah ni. Essence Crystal Moist  Serum Clinelle Night cream clinelle  Apa beza essence dan serum ? essence lebih cair berbanding serum. Kalau awak semua dah pakai serum, tak perlu pakai essence pun okey dah :) tapi.... serum tu wajib tauuu girlssss. sebelum apply serum pakai dulu sunblock okey. yes! penting sebab kita terdedah dengan cahaya matahari. akan ada jeragat / side effect lain kalau kita skip sunblock. hanya pakai masa terdedah dengan cahaya matahari je okey, jangan tanya duduk rumah kena pakai ke tak? Essence Crystal Moist. Hanya 2 pump essence crystal moist ni pun dah mencukupi satu muka,! kesan sepanjang aku pakai masih tak nampak, tapi suka tekstur dia tak melekit dan cepat kering. Disebabkan Essence Crystal Moist ni mengandungi campuran air laut, jadi bau dia macam b

Raya 2018

Assalamualaikum semua. harini last syawal kan? macamna raya tahun ni? Awak semua raya tahun ni team negeri mana? *macam ada je yang tengah baca blog aku ni*. yes! aku team perak. Raya pertama tahun ni turn kampung sebelah ayah dekat Kuala Kangsar. Ini tahun pertama raya tanpa atok. Tahun lepas atok meninggal disebabkan strok :( Sayu. Biasanya atok suka duduk dekat dekat cucu sambil gosok gosok peha cucu.                                                                Gambar dengan mak. Mak terpejam pulak. Ayah . Aku. Emak