Skip to main content

Skincare

Hai Assalamualaikum. salam satu Malaysia. macam ramai yang membaca kan. hehe. saya nak kongsi apa yang saya pakai untuk hilangkan jerawat, rutin untuk malam dannnnnnn krim harian . Jom tengok kat bawah ni.



Essence Crystal Moist 
Serum Clinelle
Night cream clinelle 

Apa beza essence dan serum ? essence lebih cair berbanding serum. Kalau awak semua dah pakai serum, tak perlu pakai essence pun okey dah :) tapi.... serum tu wajib tauuu girlssss. sebelum apply serum pakai dulu sunblock okey. yes! penting sebab kita terdedah dengan cahaya matahari. akan ada jeragat / side effect lain kalau kita skip sunblock. hanya pakai masa terdedah dengan cahaya matahari je okey, jangan tanya duduk rumah kena pakai ke tak?

Essence Crystal Moist.
Hanya 2 pump essence crystal moist ni pun dah mencukupi satu muka,! kesan sepanjang aku pakai masih tak nampak, tapi suka tekstur dia tak melekit dan cepat kering. Disebabkan Essence Crystal Moist ni mengandungi campuran air laut, jadi bau dia macam bau air laut sikit.haha

Serum Clinelle
cepat meresap tapi melekit. Baru je sapu dah kering tapi kalau pegang muka rasa melekit. Masih tak jumpa kesan lepas pakai, tapi Alhamdulillah try serum ni kulit muka sesuai sebab tak tumbuh jerawat.

Night Cream Clinelle.
Night cream ni aku pakai 3 kali seminggu. lepas pakai muka rasa berat sebab dia lambat kering dan melekit. sampai kepagi muka rasa lembab dan melekit. haha



Ini adalah skincare yang akan aku pakai sebelum tidur. Wajib bersihkan muka sebelum tidur, tambah - tambah lagi yang pakai makeup tu make sure bersihkan muka dulu guna cotton pad kemudian cucilah guna cleancer. Cleanser ada pelbagai jenis foam, gel, oil. Boleh pilih ikut kesesuaian. Saya pakai cleanser Neutrogena foam dan Safi Balqis Gel cleanser( tiada dalam gambar). Selepas aku cuci muka, aku apply essence ( Crystal Moist) , night cream (Clinelle), eye treatment (Cosmoderm), for scar (Mederma) dan losyen untuk badan. Night cream tu tak perlu hari-hari pakai pun takpe, sekurang kurangnya 3 kali seminggu dah mencukupi.


COSMODERM



Ini koleksi cosmoderm yang aku ada. Ahhhh. tiba tiba obsessed dengan cosmoderm sebab result dia woww jugak tauuu.  Aku cerita dari atas tau ;

:. Cosmoderm Vitamin E moisturising mask.  Mask ni pakai dalam anggaran 15 minit, dan boleh terus bilas. Bau mask ni bau dia macam bau bedak johnson baby putih tu. bau bau baby je. dah pakai muka rasa soft je.

:. Gambar kedua dan ketiga tu sama je Cosmoderm Vitamin E cream. yang ini memang aku selalu pakai. Selepas basuh muka memang terus apply sebab Vitamin E ni boleh hilangkan parut. Cream ni berminyak tapi cepat serap! Dalam 15 min macamtu muka dah okey :) Bagi 5 bintang sebab dah pakai 4 tube.

:. Cosmoderm BB cream code pink. Dia ada 3 code warna, nude, pink,  Best sangat BB cream ni sebab lepas pakai terus kering tak berminyak lepastu tak bercapuk merekah rekah kat muka pun tak! tapi before apply BB cream ni, apply dahulu Cosmoderm Vitamin E cream ni.

:. Eye treatment Cosmoderm ni best jugak sebab tak melekit. Pakai je terus kering. Aku biasa pakai sebelum tidur dan masa cuti :)

:. Cosmoderm Vitamin E Oil yang ini aku pakai untuk hilangkan parut kat bahagian badan atau kesan - kesan hitam kat siku atau lutut.  Disebabkan dia oil memang tak digalakkan untuk pakai kat muka.

:. Last sekali tu Cosmoderm Exfoliate Vitamin E yang ini untuk hilangkan sel sel kulit mati. best pakai dia sebab dah lepas sental dia keluar yang macam ketul ketul daki tu. haha


Comments

Popular posts from this blog

Resepi rendang dendeng

Hai Assalamualaikum. harini aku nak share resepi dendenga daging yang aku buat masa bulan puasa haritu. Kira masih belum kategori berlapuk lagi lah kan? Ni bukan aku google mana - mana gambar okey. :P memang dari air tangan dan titik peluh sendiri. cewahhh. Sebelum sediakan bahan bahan. Kita bersihkan daging kemudian rebus sehingga empuk. Sementara tu bolehlah prepare untuk bahan - bahan lain : Bahan A : Cili kering 15 tangkai Bawang merah 2 labu Bawang putih 4 ulas Bahan B Jintan kasar satu sudu kecil Kulit kayu manis 1 Bunga lawang 3 kuntum Bahan C Limau purut Kicap Gula merah Garam Air Asam Jawa Bahan D Garam Kunyit Maggi cukup rasa secubit Bahan E Cili masak merah Bawang potong (bulat) Daun bawang Cara - cara : Salaikan Bahan A sehingga kekuningan. Setelah selesai menyalai, kisarkan bahan A sehingga lumat. Setelah selesai mengisar. Panaskan minyak untuk menumis, kemudian tumiskan bahan B bersama

Latar belakang diri

Nama : Musnira bt Mustafa No matrik : 257553 Tempat lahir : Hospital Teluk Intan Tarikh Lahir : 01/ 02/ 1994 (ok boleh prepare hadiah tahun depan 😜😝