Skip to main content

Resepi rendang dendeng

Hai Assalamualaikum. harini aku nak share resepi dendenga daging yang aku buat masa bulan puasa haritu. Kira masih belum kategori berlapuk lagi lah kan?


Ni bukan aku google mana - mana gambar okey. :P memang dari air tangan dan titik peluh sendiri. cewahhh.

Sebelum sediakan bahan bahan. Kita bersihkan daging kemudian rebus sehingga empuk. Sementara tu bolehlah prepare untuk bahan - bahan lain :

Bahan A :

Cili kering 15 tangkai
Bawang merah 2 labu
Bawang putih 4 ulas

Bahan B

Jintan kasar satu sudu kecil
Kulit kayu manis 1
Bunga lawang 3 kuntum

Bahan C

Limau purut
Kicap
Gula merah
Garam
Air Asam Jawa

Bahan D

Garam
Kunyit
Maggi cukup rasa secubit

Bahan E

Cili masak merah
Bawang potong (bulat)
Daun bawang

Cara - cara :

Salaikan Bahan A sehingga kekuningan. Setelah selesai menyalai, kisarkan bahan A sehingga lumat.
Setelah selesai mengisar. Panaskan minyak untuk menumis, kemudian tumiskan bahan B bersama bahan A sehingga kekuningan. Dah anggaran kekuningan boleh masukkan kicap, daun limau purut, gula merah, garam, dan asam jawa . Sementara itu boleh sediakan bahan - bahan untuk menggoreng daging pula.

Setelah daging empuk, potong daging kepada kepingan yang lebar dan nipis supaya lagi mudah untuk meleperkan dan nampak lagi cantik gitteww. Dah selesai potong daging, tumbukkan, atau leperkan guna lesung batu je, dah nampak dia leper cantik, ok lah tu. Dah siap semua, bolehlah goreng daging tu. Aku goreng guna bahan-bahan D (garam, kunyit, maggi cukup rasa) dan boleh lah goreng.

Dah selesai menggoreng masukkan daging bersama paste yang kita sediakan. kalau nak sedap, biar lama atas dapur sambil masukkan air stok daging tadi. dah agak kering boleh angkat.

Siap! boleh hidang dan jangan lupa bahan E untuk hiasan atas daging dendeng tadi tuuu. 










Comments

Popular posts from this blog

Skincare

Hai Assalamualaikum. salam satu Malaysia. macam ramai yang membaca kan. hehe. saya nak kongsi apa yang saya pakai untuk hilangkan jerawat, rutin untuk malam dannnnnnn krim harian . Jom tengok kat bawah ni. Essence Crystal Moist  Serum Clinelle Night cream clinelle  Apa beza essence dan serum ? essence lebih cair berbanding serum. Kalau awak semua dah pakai serum, tak perlu pakai essence pun okey dah :) tapi.... serum tu wajib tauuu girlssss. sebelum apply serum pakai dulu sunblock okey. yes! penting sebab kita terdedah dengan cahaya matahari. akan ada jeragat / side effect lain kalau kita skip sunblock. hanya pakai masa terdedah dengan cahaya matahari je okey, jangan tanya duduk rumah kena pakai ke tak? Essence Crystal Moist. Hanya 2 pump essence crystal moist ni pun dah mencukupi satu muka,! kesan sepanjang aku pakai masih tak nampak, tapi suka tekstur dia tak melekit dan cepat kering. Disebabkan Essence Crystal Moist ni mengandungi campuran air laut, jadi bau dia macam b

Latar belakang diri

Nama : Musnira bt Mustafa No matrik : 257553 Tempat lahir : Hospital Teluk Intan Tarikh Lahir : 01/ 02/ 1994 (ok boleh prepare hadiah tahun depan 😜😝